Wednesday 24 August 2011

Chegu Bard disaran dedah faktor dorong fitnah Rosmah

Badrul Hisham a.k.a. Chegu Bard
''Badrul Hisham juga perlu menjelaskan bagaimana dia boleh membuat fitnah itu," kata Zamil Ibrahim, Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah.

Beliau  berkata, ramai yang ingin mengetahui sama ada Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegu Bard dipaksa atau diberikan imbuhan untuk membuat fitnah itu.

Zamil menambah, Badrul Hisham juga perlu membuat penjelasan mengenai perbincangannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Indonesia pada April lalu.

''Kita juga tahu Anwar sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan kerjaya politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mengizinkan fitnah dilakukan ke atas Rosmah seperti dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List