Thursday 18 August 2011

Skandal Cincin Berlian RM24juta

Kisah mengenai dakwaan pembelian dan pemilikan sebentuk cincin bertakhtakan berlian bernilai RM24juta yang didakwa dibeli oleh Datin Rosmah Mansur bakal terjawab. 

Sebelum merungkai kisah seterusnya, ada baiknya jika kita menyelusuri kronologi pembohongan keji pihak tidak bertanggunjawab dalam menyebarkan khabar angin berkenaan.

Blogger Apanama memberikan perincian mengenai skandal berkenaan:-

  • Dokumen pertama yang membuktikan sebentuk cincin yang dimiliki oleh Jacob & Co bernilai RM24juta untuk tujuan pameran barang kemas persendirian oleh agen Jacob & Co, Malca-Amit telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 April 2011.
    • Cincin berkenaan bernilai RM24juta (nilai dalam Ringgit Malaysia seperti yang terkandung dalam Borang Deklarasi Kastam Diraja Malaysia dan bukan USD atau Euro).
    • Dokumen kedua yang membuktikan cincin berkenaan dibawa keluar pada 20 April 2011 (4 hari selepas cincin berkenaan dibawa masuk)

    Fakta:-
    • Cincin berkenaan sememangnya wujud dan dibawa masuk ke Malaysia.
    • Agen Jacob & Co menggunakan nama Datin Rosmah Mansur (tercatat sebagai 'inspection by' dan bukan pemilik atau pembeli) dalam Borang Deklarasi Kastam.
    • Cincin bernilai yang dimiliki Jacob & Co ini adalah barang bernilai yang tidak dikenakan cukai (not a taxable item) menurut undang-undang Malaysia. Oleh yang demikian dakwaan Menteri Kewangan menyalahgunakan kuasa adalah tidak benar.
    • Terdapat pameran barang kemas persendirian yang dikelolakan agen Jacob & Co di kediaman VVIP di Kuala Lumpur antara 17 hingga 19 April 2011. 

    Perkembangan menarik:-
    • Adalah tidak benar cincin milik Jacob & Co berkenaan dibeli oleh VVIP pada pameran barang kemas persendirian tersebut.
    •  Cincin berkenaan kini berada dalam simpinan pemiliknya yang sah iaitu Jacob & Co di New York. 
    • Adalah satu pembohongan besar yang mendakwa Datin Rosmah Mansur telah membeli cincin berkenaan dengan wang simpanan seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan.
      • Pemimpin politik pembangkang begitu terdesak sehingga mewujudkan Siaran Akhbar muka depan Utusan palsu.
      • Ini bukanlah kali pertama pihak pembangkang menggunakan pelbagai helah mewujudkan gambar 'super-impose' untuk menyelar pihak kerajaan. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebelum ini mengaku melakukan 'super-impose' terhadap sekeping gambar Datuk Seri Najib Razak sebagai salah satu dari kempen politik kotor pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
      Dilaporkan individu yang didakwa menyebarkan pembohongan ini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh Jacob & Co yang mendapati imej mereka sebagai sebuah syarikat yang memiliki transaksi perniagaan berjuta Dolar Amerika tercemar. 

      Syarikat berkenaan dilaporkan sedang dalam usaha membentuk sekumpulan pengamal undang-undang bagi mewakili mereka untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan.

      No comments:

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      My Blog List