Monday 15 August 2011

Anggap Pakatan Rakyat memerintah negara: "Nurul Izzah hidup dalam khayalan" - Zahrain

"Dia ini seperti hidup dalam khayalan semata-mata kerana anggap sokongan rakyat kepada pembangkang seperti sokongan kepada sebuah kerajaan. Dia anggap Pakatan Rakyat macam sebuah kerajaan," kata Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru. 

YB Nurul Izzah Anwar
Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah Anwar mengenai pertemuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw serta Nurul Izzah sendiri dengan Werner Hoyer, Timbalan Menteri Luar Jerman.

Zahrain menyifatkan kenyataan itu sememangnya amat tidak relevan memandangkan hubungan diplomatik hanya berlaku antara sebuah kerajaan dengan kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan dengan pertubuhan mahupun parti politik.


"Kenyataan Nurul Izzah itu memang tidak kena dan bagi saya ia tidak relevan. Ini juga menunjukkan betapa Nurul Izzah belum matang lagi dalam dunia politik." tambah Zahrain lagi.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, dalam blognya, menyifatkan pertemuan itu sebagai satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan Jerman. Selanjutnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List