Monday 15 August 2011

Kerajaan kaji semula dasar penapisan media

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji semula dasar penapisan media selaras dengan perkembangan landskap dan persekitaran semasa.

Perdana Menteri berkata, langkah ini diambil supaya kerajaan tidak dilihat sebagai tidak memahami cara untuk menangani isu penapisan media.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan menjawab dakwaan dalam media tempatan atau antarabangsa dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya dakwaan itu bersifat memfitnah.


Umpamanya, kalau kita nak lakukan penapisan dalam era yang baru ini, dalam landskap yang baru ini, harus kita tanya apakah penapisan itu berkesan ataupun tidak, adakah ia relevan, adakah ia berkesan?

“Pada mulanya adakah ia bermakna...dan sama sebarang bentuk penapisan itu sebenarnya merugikan daripada menguntungkan kita,” katanya semasa berucap pada majlis Berbuka Puasa bersama media anjuran Bernama di Wisma Bernama malam tadi. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List