Monday 15 August 2011

Chong Wei lancar misi buru emas Olimpik 2012

“Adalah amat penting buat saya untuk segera menerima hakikat kekalahan itu. Saya kena melihat masa depan, segera bangkit dan kembali memulakan persiapan kerana ada tugas lebih besar yang menanti saya selepas ini, iaitu Sukan Olimpik tahun depan" Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei sasar matlamat baru

Menurut Chong Wei, jurang permainan dengan Lin Dan kini tidak lagi timbul, kerana mereka memiliki keupayaan setanding. Perkara yang perlu diberi tumpuan cuma menguatkan mental, apatah lagi pemain China sentiasa memiliki kelebihan apabila beraksi pada kejohanan besar.


Katanya, cabaran utama yang bakal dihadapi pada Sukan Olimpik tahun depan bukan sekadar Lin Dan, tetapi pemain-pemain utama negara itu yang lain seperti Chen Jin, Chen Long dan Bao Chunlai, yang mampu menyokong satu sama lain, terutama ketika undian dilakukan, berbanding beliau yang bersendirian memikul cabaran. 

“China ada empat pemain pada Kejohanan Dunia dan mereka boleh saling membantu. Saya jangkakan perkara yang sama akan berlaku pada Sukan Olimpik nanti, sebab itu saya kena mengatur strategi yang betul untuk berdepan cabaran-cabaran ini." tambah Chong Wei.

Tegas Chong Wei, dia tidak boleh membenarkan kekalahan di Arena Wembley, London tempoh hari, menganggu fokusnya untuk melakar kegemilangan di gelanggang yang sama tahun depan kerana dalam kariernya tiada kejuaraan lain yang lebih besar untuk direbut, kecuali emas Olimpik.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List