Wednesday 24 August 2011

Chegu Bard disaran dedah faktor dorong fitnah Rosmah

Badrul Hisham a.k.a. Chegu Bard
''Badrul Hisham juga perlu menjelaskan bagaimana dia boleh membuat fitnah itu," kata Zamil Ibrahim, Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah.

Beliau  berkata, ramai yang ingin mengetahui sama ada Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegu Bard dipaksa atau diberikan imbuhan untuk membuat fitnah itu.

Zamil menambah, Badrul Hisham juga perlu membuat penjelasan mengenai perbincangannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Indonesia pada April lalu.

Monday 22 August 2011

Akhbar Kompas mohon maaf

Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.
Jimmy S. Harianto memohon maaf kepada Najib Tun Razak mewakili akhbar Kompas di Putrajaya, baru-baru ini.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd. 

Friday 19 August 2011

Cubaan memurtadkan umat Islam: "Kerajaan tidak perlu tergesa-gesa.." - Dr. M

“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi. Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, Jerlun, Kedah, 18 Ogos lalu.

Dr. Mahathir berkata, masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.

"Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.

Thursday 18 August 2011

Skandal Cincin Berlian RM24juta

Kisah mengenai dakwaan pembelian dan pemilikan sebentuk cincin bertakhtakan berlian bernilai RM24juta yang didakwa dibeli oleh Datin Rosmah Mansur bakal terjawab. 

Sebelum merungkai kisah seterusnya, ada baiknya jika kita menyelusuri kronologi pembohongan keji pihak tidak bertanggunjawab dalam menyebarkan khabar angin berkenaan.

Blogger Apanama memberikan perincian mengenai skandal berkenaan:-

Wednesday 17 August 2011

Penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen bukan bukti pilihan raya songsang

"Kita boleh melakukan yang terbaik dan memperbaiki proses pilihan raya. Kita tidak takut pembaharuan, tetapi ingin memastikan siapa yang memerintah negara mesti berasas kepada kehendak rakyat sebenar,” Datuk Seri Najib Tun Razak.
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Seri Perantau, Selat Klang, 17 Ogos lalu. 

Najib menegaskan keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen bagi melakukan reformasi pilihan raya bukan bermakna pilihan raya di negara ini songsang.

Pembangkang digesa agar jangan buruk sangka

"Jangan buat andaian dan sebaiknya gunakan kesempatan dengan penubuhan jawatankuasa ini untuk bincangkan perkara-perkara yang mereka ingin bawa," Tan Sri Muhyiddin Yassin.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia di Maktab PDRM Kuala Lumpur di Cheras di sini hari ini. 

Beliau mengulas reaksi negatif pembangkang kononnya penubuhan jawatankuasa itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu, adalah satu helah kerajaan. 

Good relationship has been our primary focus - Head of the Anglican Diocese of Sabah

"The good relationship between different religious groups and respecting people of other faiths has always been among our primary focus," Right Reverend Datuk Albert Vun Cheong Fui, Head of the Anglican Diocese of Sabah.
Right Reverend Datuk Albert Vun 

He was asked to comment on the raid by the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) officials over the presence of a dozen Muslims at an event dinner at the part of the church  there.

Albert said that the church is always working for peace and good relationship between the races and also the different religious groups. 

"No party can stand on its own" - Sabah BN Secretary

"It is unfair to him (Datuk Seri Najib Tun Razak). I am sure he has the wisdom to see all component parties are not sidelined in the next elections," Datuk Abdul Rahman Dahlan, Sabah BN Secretary.
"There is ample room for discussion between component party leaders at the State as well as national level," Datuk Abdul Rahman Dahlan

He said that commenting on Liberal Democratic Party (LDP) President Datuk VK Liew's claim on all six seats held previously by Sabah Progressive Party (SAPP).  

Liew basically said only LDP is eligible to claim for the six seats at the opening of the joint-annual general meeting of six LDP divisions in Sandakan on Sunday (14 August).

Monday 15 August 2011

Chong Wei lancar misi buru emas Olimpik 2012

“Adalah amat penting buat saya untuk segera menerima hakikat kekalahan itu. Saya kena melihat masa depan, segera bangkit dan kembali memulakan persiapan kerana ada tugas lebih besar yang menanti saya selepas ini, iaitu Sukan Olimpik tahun depan" Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei sasar matlamat baru

Menurut Chong Wei, jurang permainan dengan Lin Dan kini tidak lagi timbul, kerana mereka memiliki keupayaan setanding. Perkara yang perlu diberi tumpuan cuma menguatkan mental, apatah lagi pemain China sentiasa memiliki kelebihan apabila beraksi pada kejohanan besar.

Ungkapan TPM mengenai Pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen

"Pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang sudah digunapakai selama ini tidak baik tetapi sebaliknya untuk memperkukuhkannya lagi,"Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan kaji semula dasar penapisan media

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji semula dasar penapisan media selaras dengan perkembangan landskap dan persekitaran semasa.

Perdana Menteri berkata, langkah ini diambil supaya kerajaan tidak dilihat sebagai tidak memahami cara untuk menangani isu penapisan media.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan menjawab dakwaan dalam media tempatan atau antarabangsa dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya dakwaan itu bersifat memfitnah.

Petronas urged to provide Sabahan more opportunities

"Apart from various opportunities for business and contracts, qualified locals should also be given opportunity and priority to work in the SOGT (Sabah Oil and Gas Terminal) project," Datuk Yahya Hussin, Deputy Chief Minister Of Sabah.
Petronas

He said it was only apt for Petronas to consider giving business opportunity, especially contracts and supplies, to companies and entrepreneurs from Sabah because they too can do it well.

Yahya who is also Agriculture and Food Industry Minister said by giving rooms to the local companies in the oil and gas industry it would allow technology transfer.
 
"Companies and entrepreneurs from Sabah can learn and gain knowledge as well as skills in the oil and gas industry from Petronas." Yahya added.

Anggap Pakatan Rakyat memerintah negara: "Nurul Izzah hidup dalam khayalan" - Zahrain

"Dia ini seperti hidup dalam khayalan semata-mata kerana anggap sokongan rakyat kepada pembangkang seperti sokongan kepada sebuah kerajaan. Dia anggap Pakatan Rakyat macam sebuah kerajaan," kata Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru. 

YB Nurul Izzah Anwar
Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah Anwar mengenai pertemuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw serta Nurul Izzah sendiri dengan Werner Hoyer, Timbalan Menteri Luar Jerman.

Zahrain menyifatkan kenyataan itu sememangnya amat tidak relevan memandangkan hubungan diplomatik hanya berlaku antara sebuah kerajaan dengan kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan dengan pertubuhan mahupun parti politik.

Wednesday 10 August 2011

Gillard: Marriage should be between a man and a woman

Prime Minister Julia Gillard said she was pleased with the news that Malaysian-born Australian Finance Minister Penny Wong and partner, Sophie Allouache, was expecting their first child but remained steadfast in her opposition to gay marriage.
Sophie and Penny

"Penny is a colleague of mine, she's also a very long-term friend, so I'm very pleased for Penny and her partner Sophie as they look forward to a new baby and the next phase of their lives," Gillard told reporters.

"Clearly there are strong views about same-sex marriage in the community. I've made my views clear." Gillard continued.

Huru-hara yang mungkin berlaku pada 9 Julai..

Bermula dengan satu protes kecil secara aman dipinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.


Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam.


Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan. - Utusan
KOTA London yang selama ini aman dan selamat bertukar menjadi huru-hara selepas tercetus rusuhan sejak Sabtu lalu, berpunca kematian seorang remaja kulit hitam yang ditembak oleh polis.

Seorang pelajar Malaysia dilaporkan mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa. - Utusan
9 OGOS 2011: Rabun tidak menghalang adik Mohd Ridzuan Suhaimi (depan) dan rakannya Aiman Syahir Tugiman memasang Jalur Gemilang di perkarangan sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth untuk memeriahkan suasana sambutan Bulan Kemerdekaan, di Johor Bahru. - Utusan/NASIRUDDIN YAZID

Ahli Parlimen Kota Belud Sangkal Dakwaan Rampasan Tanah

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan
"Pada saat ini pendirian saya ialah pertikaian mengenai status tanah tersebut perlu diselesaikan sebelum projek itu berjalan. Pandangan penduduk kampung yang terlibat akan didengar dan diperhalusi.

"Saya masih menunggu respon dari kerajaan mengenai isu ini.

"Semoga ada penyelesaian menang-menang di mana orang kampung mendapat tanah dan pada masa yang sama projek pembangunan Kota Belud dapat diteruskan demi kepentingan keseluruhan rakyat di Kota Belud." YB Dato' Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen P169 Kota Belud. Selanjutnya..

Monday 8 August 2011

Pua Khein-Seng: Pereka dan pencipta 'single chip USB flash controller' atau 'pen drive' pertama dunia

Pua Khein-Seng
“I was pleased to learn that although he is based in Taiwan, he is proud of his Malaysian roots,” Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweeter beliau mengenai Pua Khein-Seng yang berasal dari Sekinchan, Selangor. 
Pua adalah pereka dan pencipta single chip USB flash controller atau 'pen drive' pertama dunia.
Pua turut menjadi moderator bagi memulakan perbincangan dalam 'The Roundtable' mengenai “Enhancing local environment for development of IT industry and fostering of IT engineering talents” di laman web 1Malaysia.  
Pua dalam sesi soal-jawabnya dalam laman 1Malaysia memberitahu, beliau bangga dengan kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia. Apabila ditanya mengenai perkara yang dirindui mengenai Malaysia apabila berada di perantauan, beliau menyebut, "tentunya Makanan Malaysia".

THE CENTURY OF THE WORLD by Chedet

A Doctor In The House merupakan sebuah buku hasil tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad
"It will be neither an Asian century nor a European century. It is more likely to be the century of the world." Tun Dr. Mahathir (Chedet) dalam kesimpulannya mengenai abad ke-21. 
Antara lain, Tun menerangkan perkembangan dan petunjuk dunia yang menuju kepada keseimbangan kuasa dunia bercorak multipolar berbanding usaha pihak Eropah + A.S. yang cenderung membentuk kuasa unipolar dunia. Ikuti artikel 'THE CENTURY OF THE WORLD' by Chedet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List