Wednesday 17 August 2011

Penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen bukan bukti pilihan raya songsang

"Kita boleh melakukan yang terbaik dan memperbaiki proses pilihan raya. Kita tidak takut pembaharuan, tetapi ingin memastikan siapa yang memerintah negara mesti berasas kepada kehendak rakyat sebenar,” Datuk Seri Najib Tun Razak.
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Seri Perantau, Selat Klang, 17 Ogos lalu. 

Najib menegaskan keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen bagi melakukan reformasi pilihan raya bukan bermakna pilihan raya di negara ini songsang.

“Ini bukan pengakuan tidak langsung yang pilihan raya songsang dalam negara kita. Jika songsang, kita tak ‘serah’ Selangor kepada pembangkang. Kita kalah pada pilihan raya lalu, tetapi kita pinjamkan sementara saja kepada pembangkang." tegas beliau dalam nada berseloroh.

Sebaliknya beliau menambah, ia (penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen) mencerminkan keikhlasan kerajaan untuk melakukan pembaharuan supaya pilihan raya dilihat bersih dan adil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List