Friday 19 August 2011

Cubaan memurtadkan umat Islam: "Kerajaan tidak perlu tergesa-gesa.." - Dr. M

“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi. Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, Jerlun, Kedah, 18 Ogos lalu.

Dr. Mahathir berkata, masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.

"Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.

 Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List