Wednesday 17 August 2011

Pembangkang digesa agar jangan buruk sangka

"Jangan buat andaian dan sebaiknya gunakan kesempatan dengan penubuhan jawatankuasa ini untuk bincangkan perkara-perkara yang mereka ingin bawa," Tan Sri Muhyiddin Yassin.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia di Maktab PDRM Kuala Lumpur di Cheras di sini hari ini. 

Beliau mengulas reaksi negatif pembangkang kononnya penubuhan jawatankuasa itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu, adalah satu helah kerajaan. 

"(Komposisi) itu cadangan yang dikemukakan dan akan dibentangkan di sesi Parlimen yang akan datang. Bagi kita apa yang penting adalah kesungguhan Perdana Menteri terima cadangan mereka. 

Muhyiddin berkata mereka harus melihat penubuhan jawatankuasa itu sebagai satu inisiatif yang baik oleh kerajaan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List