Saturday 28 July 2012

Anwar masih gagal rayu bekas MP BN Sabah

Lajim Ukin
Setelah mengadakan perancangan yang rapi dan mengadakan pelbagai helah politik, akhirnya Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin tiba-tiba membatalkan niatnya menyertai PKR.

Menurut Osin Dikun dalam catatannya di Sabahkini.net, Lajim hanya mengumumkan keluar daripada BN pada Majlis Berbuka Puasa di Kampung Kuando, Beaufort.

Ketua Cabang PKR Beaufort, Ramlee Haji Ukin ketika dihubungi enggan mengulas kerana abangnya sentiasa tidak tetap pendirian sejak daripada isu Sabah People Front (SPF) dan setelah Sabahkini.net mendedahkan SPRM menjalankan siasatan terhadap Lajim dan Mentornya, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

Ramlee yang juga Bendahari PKR Sabah enggan mengesahkan sama ada majlis berbuka puasa berkenaan dianjurkan Lajim atau PKR atau untuk Anwar; sekalipun kain pemidang telah dipasang di beberapa tempat strategik, walaupun tertera Majlis Anjuran PKR Beaufort.

Dalam pada itu, Sabahkini.net juga mendapat maklumat yang sama berhubung tokoh yang diwar-warkan masuk PKR sebelum ini iaitu Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing; akhirnya membantalkan niatnya menyertai PKR sebaliknya hanya akan mengumumkan keluar daripada BN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum mengumum halatuju politiknya hari ini (29 Jul).

Entah kenapa kali ini, sejak 16 September 2008, Anwar masih gagal memancing dua Ahli Parlimen yang paling kontroversi di Sabah ini.

Beberapa pengumuman penting dua tokoh berkenaan hari ini di dua daerah yang berasingan Tuaran dan Beaufort kerana hanya mereka tahu apa agenda mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List