Monday 12 September 2011

Cukai 6 peratus ditangguh

Datuk Seri Utama Rais Yatim
“Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian mengenai isu yang dibangkitkan [...]," Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata persetujuan berkenaan diputuskan secara bersama oleh empat syarikat terbabit ( Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile) selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri. 

Rais juga berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.
  
Rais turut mencadangkan agar kerajaan memikirkan bentuk penghargaan atas sumbangan syarikat telekomunikasi berkaitan yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List