Monday 12 September 2011

Orang utan: Australia tidak layak ajar Malaysia

Tan Sri Bernard Dompok
''Mereka dari Australia tidak mempunyai kedudukan moral yang lebih tinggi untuk mengajar kita kerana saya sendiri melihat orang utan menggigil di zoo negara itu semasa musim sejuk, mereka gagal menjaga orang utan di negara sendiri," Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beliau mengulas dakwaan berlaku pembasmian hutan seluas 300 buah padang bola setiap jam untuk tanam kelapa sawit dan kematian 50 ekor orang utan setiap minggu sebagai tidak berasas.

"Malaysia telah menyatakan komitmen kepada dunia untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus tanah akan terus diliputi hutan, kita masih mengekalkan komitmen ini." tegas Dompok.

Beliau mengulas mengenai usaha pihak tertentu khususnya pembangkang Australia yang mahu meletakkan label penggunaan minyak sawit pada produk makanan.

Dompok berkata, Malaysia bagaimanapun menghargai sokongan kerajaan Australia termasuk Menteri Perdagangan Australia, Dr. Craig Emerson yang tidak menyokong rang undang-undang tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List