Wednesday 28 September 2011

Majlis Pimpinan Pembangkang tolak hukum hudud cadangan PAS

Anwar Ibrahim
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam semalam.

Beliau berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.

Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) buat masa ini, tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Sumber: Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List