Tuesday 20 September 2011

Masa untuk bekerja, bukan politik kerusi

Musa Aman
"Kita tidak mahu banyak bercakap. Kita mahu banyak bekerja kerana rakyat menilai keupayaan kita." Datuk Seri Musa Aman.

Beliau mengingatkan demikian ketika ditanya sama ada parti Gerakan mempunyai peluang bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 berikutan kemasukan beberapa ahli politik berpengalaman yang turut memegang jawatan penting dalam Kabinet negeri sekarang di dalam parti itu.

"[...], kita dalam BN sentiasa bincang apa yang terbaik untuk semua,” tambahnya lagi selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Ketua Menteri di Kota Kinabalu hari ini.

Musa menasihatkan semua parti supaya sentiasa bekerja keras dan memastikan rancangan pembangunan BN dilaksanakan dengan lancar dan disiapkan mengikut jadual bagi mencapai sasaran dan memenuhi kehendak rakyat.

"Mereka (rakyat) akan tanya sama ada seseorang calon atau sesuatu parti itu baik untuk dipilih untuk mewakili mereka atau memberi perkhidmatan yang terbaik untuk mereka,” ujarnya lagi.

 Liberal Democratic Parti (LDP) semalam dalam kenyataan di salah satu akhbar tempatan menyatakan bahawa tiga kawasan yang dimiliki Gerakan (Karamunting, Tg. Papat dan Elopura) tidak dimenangi atas tiket parti berkenaan. Oleh yang demikian, LDP menjelaskan bahawa kerusi-kerusi berkenaan tidak secara otomatiknya milik Gerakan pada Pilihan Raya ke 13 akan datang.

Sebelum ini, LDP turut berminat untuk menuntut dan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kesemua kerusi yang dipegang Parti Maju Sabah (SAPP) apabila parti berkenaan mengumumkan keluar dari Barisan Nasional.

1 comment:

  1. salam 1 perjuangan siber,
    nice blog! teruskan usaha murni ada..
    GEMPUR! GEMPUR! GEMPUR!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List