Sunday 17 June 2012

Langkah Lajim sudah dijangka

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno membuat pengumuman mengejut untuk meletak jawatan ketua cawangan Umno sebagai susulan keputusannya sebelum ini tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Beaufort pada mesyuarat agung akan datang.

Katanya, langkah pertama yang diambilnya tidak akan pertahankan jawatan Ketua Bahagian dan langkah kedua melepaskan Ketua Cawangan Umno.
"Langkah seterusnya tunggu dan lihat,” kata Anggota Parlimen Beaufort itu pada majlis sambutan hari jadinya ke-57 di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu, di sini.

Beliau membuat kenyataan tidak akan tunduk dengan cabaran yang dibuat pihak tertentu supaya beliau berundur dari parti dan kerajaan.

Katanya, mereka membuat cabaran itu menerusi laman sosial facebook.

"Mereka siapa membuat desakan seumpama itu. Jika saya melakukan kesalahan, parti dan kerajaan boleh memecat saya," tegasnya.

Beliau berkata, "bukan mereka yang menentukan masa depan saya sebaliknya rakyat di kawasan ini yang akan membuat keputusan."

"Meskipun saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan memecat saya kerana rakyat di kawasan DUN Klias dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN atau Umno terhadap saya," kata beliau.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List