Tuesday 22 May 2012

Cuba rasuah bekas Naib Pengerusi, DAP dilabel tidak bermoral

Tunku Abdul Aziz
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin menganggap perbuatan DAP yang cuba ‘memujuk’ mantan Naib Pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan menawarkan RM50,000 adalah sesuatu yang biadap dan tidak bermoral apatah lagi terhadap seorang yang pernah bergelar Senator dan menjawat antara kepimpinan tertinggi dalam DAP.

Tegasnya lagi, jika selama ini DAP bersama sekutu pakatan pembangkang gemar menuding jari pada Barisan Nasional (BN), UMNO dan pemimpin atasan kerajaan dengan mendakwa menggunakan rasuah dan bersikap pilih kasih namun dengan apa yang berlaku kepada Tun Abdul Aziz yang turut ditawarkan jawatan sebagai senior fellowship di Institut Pulau Pinang selain wang tunai, telah menyerlahkan kebenaran.

“Sekarang ini bukti telah nyata bahawa DAP cuba ‘merasuah’ Tunku Abdul Aziz dengan wang dan jawatan tinggi untuk kekal dalam DAP malahan sikap rasuah ini bukanlah satu perkara baru bagi mereka apabila mendapat kuasa.” ujar Norashikin lagi.

“Sebelum ini juga, Nga Kor Meng di Perak telah terserlah memberikan tender pakaian kepada syarikat yang beliau sendiri mempunyai kepentingan iaitu syarikat isterinya jadi bukankah ini bukti bahawa DAP lebih teruk mengamalkan kronisme?” tambahnya lagi.

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengisytiharkan keluar dari DAP dan mendedahkan sebab sebenar mengapa beliau mengambil keputusan itu, iaitu kerana cubaan merasuahnya dengan jawatan dan wang ringgit agar menarik balik keputusannya untuk meninggalkan parti yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 
source: here

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List