Thursday 19 April 2012

T.I.B.A.I. - Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim

Sebuah kelab terbaru, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu dari arus politik perdana.

TIBAI kini dianggotai 28 Ahli Majlis Syura yang juga terdiri daripada bekas rakan karib Anwar dan penasihat kelab ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor.

Menurut Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, TIBAI juga menumpukan Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah untuk melaksanakan pelbagai program untuk melestarikan agenda besar menolak habis-habisan Anwar.

Nota: TIBAI juga harus ditubuhkan di Sabah bagi mengekang rancangan Si Tibai tu merosakkan minda pemilih berdaftar di Sabah dan merasuah pemimpin Sabah selain turut menggumpul pembekal-pembekal dan kontraktor untuk tujuan mengumpul dana untuk menyokong perjuangannya. (konon kalau PR menang, mereka akan dapat suapan projek, jadi sebelum dapat projek, kenalah suap aku cukup-cukup). Untuk makluman tibai di Sabah secara umumnya bermaksud tikam belakang, cilok, hook punch, pukul curi. Secara jelasnya bermakna menyerang tidak secara terus. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List