Husam vs Kickdefella |
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa memfailkan saman fitnah sebanyak RM5 juta terhadap blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
Mengikut writ saman berkenaan, Husam yang
juga Exco kerajaan negeri Kelantan, menuntut Syed Azizi memohon maaf
secara bertulis tanpa syarat kepadanya selain menuntut defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam blog
defendan, di samping memadamkan tiga artikel yang didakwa memfitnah
beliau.
Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut
di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu hari, bayaran
ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau,
ganti rugi punitif, lain-lain relif yang dikirkan wajar oleh mahkamah,
selain faedah pada kadar 8 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh
tuntutan.
Selain itu, plaintif turut menuntut satu injunksi bagi menghalang
defendan atau ejen-ejennya daripada berkomunikasi, memberi komen,
mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau
perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.
Kickdefella, sebagai respon beliau terhadap saman yang dikemukakan, telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi. Kickdefella antara lain menyatakan akan memberikan sepenuh kerjasama dalam proses berkenaan dan percaya kes itu turut akan membawa banyak faedah kepada orang awam dan rakyat Negeri Kelantan khasnya.
Beliau dalam penutup kenyataannya mengalu-alukan bantuan guaman daripada pengamal-pengamal perundangan
bagi membantu beliau mempertahankan hak dan kepentingan awam. Beliau
juga turut merayu kepada rakyat Negeri Kelantan yang rindukan perubahan
untuk bersama-sama dengan beliau di dalam kes saman berkenaan.
No comments:
Post a Comment