Anwar Ibrahim |
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian
tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,”
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam semalam.
Beliau berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu
tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang
menentang pelaksanaannya.
Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan
datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada
masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip
demokrasi dan kebebasan bersuara.
Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) buat masa ini, tidak akan melaksanakan hukum
hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar
bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Sumber: Utusan