Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam.
Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan. - Utusan
KOTA London yang selama ini aman dan selamat bertukar menjadi huru-hara selepas tercetus rusuhan sejak Sabtu lalu, berpunca kematian seorang remaja kulit hitam yang ditembak oleh polis. |
Seorang pelajar Malaysia dilaporkan mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa. - Utusan
No comments:
Post a Comment