Tunku Abdul Aziz |
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin menganggap perbuatan DAP yang cuba ‘memujuk’ mantan Naib Pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan menawarkan RM50,000 adalah sesuatu yang biadap dan tidak bermoral apatah lagi terhadap seorang yang pernah bergelar Senator dan menjawat antara kepimpinan tertinggi dalam DAP.
Tegasnya lagi, jika selama ini DAP bersama sekutu pakatan pembangkang gemar menuding jari pada Barisan Nasional (BN), UMNO dan pemimpin atasan kerajaan dengan mendakwa menggunakan rasuah dan bersikap pilih kasih namun dengan apa yang berlaku kepada Tun Abdul Aziz yang turut ditawarkan jawatan sebagai senior fellowship di Institut Pulau Pinang selain wang tunai, telah menyerlahkan kebenaran.